Kaitan The Amazing Spider-Man dan........ikhlas??

Assalamualaikum w.b.t
Saja mahu batak sebenarnya sebab baru lepas tengok Amazing Spider-Man tu dekat HBO. Hehe.
Hoho handsome betul bopren saya dalam tu. Yall mesti kenal kan Andrew Garfield? Hehehe.
Tapi post ini bukan semata-mata untuk membatak bopren saya yang memang dah diketahui ramai, sangat kacak dan bergaya (walaupun kelihatan gelabah dalam cerita tersebut namun tetap smart).
Heh.
Seperti yang ditulis sebagai tajuk, kaitan cerita tersebut dan ikhlas? Hmmmm...
Sesungguhnya rugilah kita sekiranya tidak mengambil pengajaran daripada sesuatu kisah. Mungkin anda akan mengatakan bahawa pengajaran apa yang kita dapat kalau cerita tu daripada orang Yahudi. Namun, mereka bukanlah orang yang membuat sesuatu with no reason. Pasti mempunyai sesuatu yang ingin disampaikan walaupun mungkin cerita tersebut mempunyai banyak adegan yang tidak senunuh.
Kita sebagai umat Islam seharusnya me-relate-kan setiap perkara dalam dunia ini dengan Sang Pencipta. Sebab? Allah Azza Wajal yang menciptakan setiap benda di dunia ini. Walaupun benda sekecil zarah atau lebih kecil lagi. Jadi, pasti ada sebabnya setiap perkara itu diciptakan walaupun benda tersebut mungkin perkara yang remeh bagi kita.
Firman Allah SWT:
“190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka”.
(Ali-Imran: 190-91)
Okay, penat membebel untuk tu. Balik kepada tajuk kita tadi.
Bagi yang menonton pasti tahu perjalanan cerita tersebut (bagi yang belum, PERGILAH TENGOK, GENTLE BESTTTT. DIJAMIN KEREN BANGEEETTT. -keren tu apa? hoh apa-apalah-) pasti tahu perjalanan cerita tersebut.
Masih ingat satu masa bila Spider-Man (a.k.a bopren ana) dalam keadaan yang teruk setelah ditembak, bergaduh dengan para polis, dan dia sangat penat tetapi dia perlu ke Bangunan Oscorp untuk menyelamatkan perempuan-mana-tah-sesat dan menyelamatkan dunia daripada biotoksin yang akan men-transform semua manusia menjadi mutan cicak gergasi?
Pada waktu tersebut, dia sangat penat dan malangnya, bangunan tersebut masih jauh. Kakinya pula terkena tembakan daripada seorang polis (cis, meh sini lawan gua dulu). Jadi, dia berjalan terhincut-hincut. Tapi, pada masa tersebut, seorang ayah kepada seorang budak yang pernah diselamatkan oleh Spider-Man (a.k.a bopren saya hehe) meminta tolong daripada rakan-rakannya yang lain yang membawa jentera untuk membantu Spider-Man (a.k.a bopren saya. k senyap.) memudahkan perjalanannya ke bangunan tersebut setelah melihat keadaan Spider-Man yang teruk.
Akhirnya, Spider-Man sempat sampai ke bangunan tersebut untuk menghalang si mutan-cicak-gergasi-huduh tu. Heh, biasalah. Tok sah jadi ceritalah kalau bukan last-last tu hero cerita menang.
Okay, end of story.
Got something? Cuba baca balik ayat-ayat keramat saya kat atas tadi.
Ehhhhhhh tak perlu. Kita jangan buang masa. Masa itu emas. Baik anda pergi baca Al-Quran daripada membaca post saya yang merepek. (Tapi anda yang nak baca kan? Saya tak paksa. Saya tak salah lah kan? Hehe)
Tadi saya ada cakap yang Spider-Man (a.k.a suami saya. eh? ops! terlepas.) tu dia nak menyelamatkan seluruh manusia daripada bertukar jadi makhluk-hijau-yang-boleh-tumbuh-ekor-balik-even-dah-tercabut tu. Haaaa, in your opinion kan, tu perbuatan baik ke buruk?
Course it's a good one, indeed. A good thing that we did, will show the way to heaven or hell? Heaven, as we all know. Tapi, harga Jannah tak semurah yang disangka. Semua perbuatan baik tak semestinya membawa kita ke syurga. Kata orang, kalau kena caranya, dapatlah apa yang kita nak.
Jadi, apa caranya? Semestinya..................................(jenga jenga jeng).................................................niat yang ikhlas.
Memandangkan ikhlas satu perkara yang boleh membawa kita ke syurga, pasti ada halangan dan ujiannya. Yelah, takkan semudah tu Allah nak bagi kita syurga? Tapi, kalau kita betul-betul ikhlas, pasti Allah SWT akan menghantar bantuan kepada kita untuk melalui setiap halangan dan ujian tersebut. Macam Spider-Man yang ditolong oleh bapa yang anaknya pernah diselamatkan SM (malas sangat dah nak taip ni).
Saya tak cakap SM tu ikhlas tapi itu contoh. Macam firman Allah tadi tentang orang yang berfikir.
Jadi, itu jelah yang saya mampu sampaikan untuk kali ni. Saya sebenarnya kalau tulis panjang-panjang memang akan merapu. So, harap difahamilah ye.
Tak terlambat lagi kan saya nak ucapkan HAPPY HOLIDAY? :)