Salam Ukhuwwah

Assalamualaikum w.b.t
Cliche bukan, apabila meletakkan tajuk post sebegitu? Ha ha tapi itulah saya. Manusia tipikal yang berpijak di bumi Allah SWT ini.
Semua orang nak jadi special. Tak suka jadi typical. Lagi-lagi wanita-wanita yang membaca novel. Yelah, heroin dalam novel mana ada typical. Mesti ada je kelebihannya.
Tapi itulah hakikatnya. Semua fikir being themselves is not special. There's wisdom saying, "Be yourself; everybody else is taken." Sentap bukan dengan ayat itu? Hm, itulah specialnya menjadi seorang ahli falsafah. Boleh buat ayat yang membuatkan orang lain merasa diludah di muka mereka. Haktuih gitu.
Namun begitu, setiap orang ada kelebihan masing-masing. Kita ada benda ni tapi orang lain tiada. Kita perlu sedar dan cari kelebihan tersebut. Kita tak boleh nak tengok daripada orang lain punya. Cuba fikir, kalau anda pun nak berkelakuan seperti mereka, kelak apabila anda berperangai sebegitu, special lagi ke 'kelakuan' tersebut? Tidak, bukan?
Jadi sebab itulah, anda yang perlu create sendiri diri anda dan bukan mengikut sahaja langkah orang lain. Suka ke berada di belakang sahaja mengikut langkah orang di hadapan? Apa kata anda yang menjadi orang yang di hadapan membawa orang lain mengikut anda.
Ahah asalnya nak memberi salam perkenalan tapi hm pun kira bolehlah ni. Jadi, hai saya Huri Abeer (bukan nama sebenar). Saya berblogging (sejujurnya) nak cuba menjadi seorang yang berinspirasi. Yelah, SPM sekarang kan semua nak KeBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Yeah, saya bakal menduduki SPM. Bila? Biar masa menentukan haha. In shaa Allah, jika dipanjangkan umur.
Sejujurnya, saya biasa menulis tak bajet skema sebegini. Ni akibat terlebih taksub membaca blog Angel Pakai Gucci lah ni. Hmph. Asalkan dapat dibaca oleh manusia yang boleh membaca. Kalau tak reti membaca tu jangan komen apa-apa.
So, itu je kot. Moga apa yang terlintas di fikiran saya kelak dapat dikongsi di sini supaya dapat sama-sama kita fikirkan demi masa depan bersama HAHAHAHAHA. Okey semua, abaikan.
Assalamualaikum.